Aku menulis bukan kerana nama.Aku menulis demi mencari kebenaran hakiki.Kebenaran yang pasti.
Sunday, December 29, 2013
HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR
Adakah anda menggunakan gas untuk memasak ? Sila baca dan ambil perhatian. Biarlah ini tidak berlaku kepada anda. Ini boleh menjadi satu kesilapan yang sama dalam mana-mana isi rumah. Satu kemalangan mengejutkan berlaku baru-baru ini . Seorang suri rumah meninggal dunia akibat kebakaran yang dialami di dapur.
Suaminya juga telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat terbakar ketika cuba untuk menyelamatkan isterinya. Bagaimana ia berlaku? Wanita itu ternampak seekor lipas berhampiran sinki dan mengambil tin penyembur pembunuh serangga dan disemburnya berhampiran dapur gas. Letupan telah berlaku dan dalam masa yang singkat wanita malang itu telah disambar api, dan 65% badannya terbakar. Suaminya bergegas cuba untuk memadamkan api dan pakaian isterinya yang terbakar.
Kini suaminya masih di hospital,dan tidak sedarkan diri. Dia tidak mengetahui bahawa isterinya telah meninggal dunia.
Apa punca ia terjadi? Semua pembunuh semburan serangga seperti Sheildtox,Ridsect,bygon dan lain-lain mempunyai pelarut yang tidak menentu dan mudah terbakar.Zarah nano semburan merebak dengan cepat dan satu percikan cukup untuk menyalakan campuran mudah meletup ini dengan oksigen di dalam udara . Sila didik keluarga & kawan anda tentang perkara ini dan sebarkan berita ini...
Friday, November 29, 2013
Tips Untuk Menjaga Supaya Smartphone Tidak Meledak
Mungkin sebelumnya kamu pernah mendengar atau mengalami sendiri kejadian smartphone mu meledak akibat kepanasan karena pemakain. atau di cas/charge sambil di pakai internetan atau telpon. biasanya hal tersebut terjadi kepada smatrphone dengan merk lokal yang kualitas bahanya berbeda dengan merk - merk yang sudah besar, tapi ada juga smartphone buatan merk ternama yang meledak saat di cas/charge
Berikut Tips Untuk Menjaga Supaya Smartphone Tidak Meledak
www.gfktechtalk.com
1. Mematikan Koneksi Internet Jika Tidak Sedang diPakai
dengan mematikan koneksi internet jika tidak sedang di perlukan, adalah salah satu cara untuk mengurangi panas atau overheating yang bisa menyebabkan smartphone bisa meledak akibat kepanasan. karena dengan memutus koneksi internet otomatis juga menghentikan aplikasi - aplikasi yang selalu membutuhkan koneksi internet. salah satu contohnya adalah aplikasi chatting yang selalu hidup dan selalu terhubung dengan internet. mungkin kamu pernah ngalamin ketika sedang di pake internetan dalam waktu yang cukup lama smatphone pasti akan terasa panas di tangan. selain untuk menghindari smatphone kepanasan cara ini juga bisa untuk mnghemat baterai.
2. Jangang Menjalankan Aplikasi Terlalu Banyak
jika terlalu banyak menjalankan aplikasi tentu saja membuat prosesor bekerja keras dan secara otomatis akan menaikkan suhu smartphone yang di gunakan dan juga baterai pun bekerja keras yang mengakibatkan panas yang berlebih dan jika hal ini di paksakan mungkin smartphone bisa meledak . jadi gunakan aplikasi yang di perlukan saja, dan tutup aplikasi yang tidak di perlukan.
3. Menjaga Kebersihan Dan Perawatan Baterai
dengan menjaga kebersihan lubang ventilasi dari debu yang ada di smartphone. ini dapat membantu mengurangi suhu panas smartphone saat di gunakan. memriksa dan merawat baterai juga harus sering dilakukan supaya tak terjadi korsleting atau meledaknya baterai saat di cas/charge.
4. Hindarkan Dari Sinar Matahari Langsung
terkena sinar matahari langsung dapat membuat suhu smartphone yang kamu gunakan pastinya akan meningkat secara drastis. Hindari tempat seperti dashboard mobil untuk menaruh smartphone mu. Jika terpaksa membawa smartphone ke area dengan suhu yang tinggi dan humid seperti pantai, maka sebaiknya matikan smartphone mu jika tidak di pakai.
5. Menggunakan Aplikasi Penunjuk Tempratur
Setiap smartphone tentu di desain untuk bekerja di suhu tertentu dan mungkin akan mengalami gangguan saat dipaksa untuk bekerja di suhu yang terlalu tinggi. untuk mengetahui suhu pasti smartphone yang kamu pake, sebaiknya kamu mendownload aplikasi penunjuk temperatur smartphone yang sudah banyak beredar di webstore resmi OS terkenal, semisal google play, atau windows phone dll.
Sebenarnya masih banyak faktor yang menyebabkan smartphone bisa meledak. bisa dari pihak pembuat smartphone itu sendiri, bisa saja terjadi sedikit kesalahan dalam perakitan smartphone yang menyebabkan smartphone berjalan tidak normal dan bisa meledak. atau bisa saja dari kelalaian pemake smartphone itu sendiri, terlalu jorok dalam pemakaian yang menyebabkan smartphone meledak.
Oke, saya akhiri samapi di sini saja semoga artikel Tips Untuk Menjaga Supaya Smartphone Tidak Meledak bisa bermanfaat.
Saturday, October 19, 2013
Saturday, September 21, 2013
KEnapa Obor-Obor Sangat Berbahaya?
Obor2
merupakan haiwan yang paling bisa di dunia, biasanya berwarna biru terang atau
pucat.kenapa dikatakan haiwan paling berbisa ? Ini kerana melalui hujung
sesungutnya jika anda terkena,mempunyai toksin yang akan menyerang serta merta
sistem saraf, hati dan sel kulit.
Sel kulit
anda seolah-olahnya akan 'meletup', menyebabkan kesakitan yang sangat kuat, dan
selalunya mangsa akan mati akibat kegagalan sistem saraf dan hati, oleh kerana
itulah tidak hairan jika anda ke bahagain utara Australia akan terdapat tanda
amaran bahaya jellyfish ini.Setiap sesungutnya yang lembut dan membelai manja
itu mempunyai 5000 sengatan !
Tidak
hairanlah setakat ini, obor-obor ini telah meragut hampir 5000 nyawa. Dengan
ketinggian boleh sehingga 6 kaki menyamai ketinggan manusia, jellyfish ini
paling banyak terdapat di Australia dan lautan Asia.Satu-satunya haiwan yang
boleh memakan jellyfish ini ialah penyu,yang langsung tidak terkesan dengan
bisa mereka.
Saturday, August 31, 2013
Maklumat Tersembunyi Yang Terdapat Pada Logo Terkenal
Logo
tersebut melambangkan perkataan Carrefour melalui dua anak panah berlawanan.
Mereka juga menambah huruf pertama dari perkataan Carrefour pada logo tersebut.
Jika dilihat dengan teliti, anda akan melihat huruf C di ruangan negatif antara
dua anak panah.
Pada
awalnya, logo ini mungkin nampak biasa. Tetapi jika dilihat dengan teliti, anda
akan dapat melihat nombor 1 dalam ruangan negatif antara F dan garis-garis
merah.
Sony
Vaio merupakan salah satu jenama laptop yang terkenal di dunia. Logo Vaio juga
mempunyai maksud yang tersembunyi. Dua huruf pertama mewakili isyarat analog
asas. Dua huruf yang terakhir kelihatan seperti 1 dan 0, mewakili isyarat
digital.
Logo
Sun adalah salah satu ambigrams paling terkenal di dunia. Anda boleh membaca
nama jenama ini pada setiap arah, baik melintang dan menegak. Logo ini direka
oleh Vaughan Pratt profesor dari Universiti Stanford.
Logo
ini nampaknya tidak menyembunyikan apa-apa maksud pada pandangan
pertama.Coretan kuning kelihatan seperti senyuman memberi maksud Amazon.com
ingin memberi kepuasan kepada pelanggan mereka. Coretan ini juga menghubungkan
huruf a dan z yang bermaksud kedai ini mempunyai segala-galanya dari a hingga
z.
Tuesday, August 27, 2013
Lelaki: 10 Kesilapan Dalam Bercinta
10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu
Hubungan Anda Dan Teman Wanita.
1.) Anda bercerita
mengenai masa lalu anda
pada dia tanpa dia bertanya pada anda. Pasangan anda bukannya tempat untuk anda
luahkan perasaan. Sebaliknya, anda perlu fokus untuk membahagiakan dia apabila
berjumpa.
2.) Anda memandang dan bercerita
mengenai wanita lain apabila
anda bersama dengan dia.
3.) Anda terlalu
memuji dia
sehingga anda kelihatan seperti terpaksa memuji dia.
4.) Anda terlalu awal memberi
dia hadiah yang mahal. Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan
anda merayu-rayu untuk dapatkan perhatian dari dia.
5.) Anda memegang
dan meraba-raba pasangan anda. Sebagai orang Islam, perbuatan
memegang dan menyentuh manusia yang bukan mahram adalah haram. Dia juga pasti
tidak selesa untuk bersama dengan anda kerana sikap melampau anda itu.
6.) Anda terlalu
serius ketika
bersama dengan dia seperti membincangkan sesuatu topik terlalu serius sehingga
membawa pergaduhan.
7.) Terlalu jiwang dan setiap kali bertemu anda akan
beritahu dia apa yang anda rasa tanpa bertanya apa yang dia rasa terhadap anda.
8.) Anda sentiasa
mendesak dia untuk
selalu bertemu. Seperti anda yang memerlukan ruang dalam hidup anda, dia juga
perlukan ruang untuk jalani kehidupan peribadi dia. Jangan terlalu mendesak dan
jalani hubungan percintaan dengan sabar.
9.) Anda sentiasa berbincang mengenai
masa hadapan hubungan anda berdua tetapi tiada satu pun tindakan yang
anda lakukan. Jangan berjanji sesuatu yang anda tidak yakin
untuk tunaikannya.
10.) Mengajak dia melakukan perkara yang tidak
senonoh seperti
hubungan seks dan sebagainya.
Friday, August 23, 2013
Adakah Mandi Pada Waktu Malam Mudarat Bagi Kesihatan?
Ramai dalam kalangan masyarakat
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik?
Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan
KEBAIKAN MANDI
Menurut Dr Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
"Amalan mandi adalah penting bagi
Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria dari permukaan kulit.
"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun anti bakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.
EKZEMA
Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.
"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr Tan.
Katanya rawatan bagi kulit yang kering ialah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik adalah berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.
"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering. Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air dari kulit.
"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang punya masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terang Dr Tan.
JADUAL KERJA KETAT
Tetapi ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat.
Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.
Katanya ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.
"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita.
"Masalah itu boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.
Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air dari paip.
"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.
PEMULIHAN BADAN
Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merelakskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?
Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat".
Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.
Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.
Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
Saturday, August 10, 2013
penjagaan kenderaaan anda..
Maklumat ni berguna untuk sume orang. Senang nak buat rujukan akan datang.
Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!
6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!
7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!
12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....
Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!
Okies..bye*********
Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-
Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Friday, July 26, 2013
Cara Murah Cegah Nyamuk
CARA MUDAH DAN MURAH BERANTAS NYAMUK
Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya
sebagai penyebar berbagai penyakit mematikan.
Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang
efisien dan bahkan membawa dampak sampingan
yang serius.
Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang
bisa dicoba.
Cocok untuk segala kondisi pemukiman, sekolah,
rumah sakit, dll.
Sangat KREATIF bila dikenalkan pada para siswa
sekolah untuk dicoba di sekolah dan di rumah
masing-masing.
Yang dibutuhkan :
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi (beli di toko makanan kesehatan,
warung, atau pasar)
- botol plastik 1,5 liter
Langkah-langkah pembuatan
1. Potong botol plastik di tengah.
Simpan bagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas.
Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan
di separuh bagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi.
Tidak perlu diaduk.
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bagian atas
dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,
kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah
nyamuk yang mati di dalam botol.
nyamuk yang mati di dalam botol.
Selain membersihkan habitat mereka,
tempat berkembang biak nyamuk, kita dapat
menggunakan metode ini sangat berguna
di sekolah-sekolah, TK, rumah sakit dan rumah.
(Sebarkan kepada anak, teman, dan kerabat
Anda agar nyamuk bisa diberantas)
tempat berkembang biak nyamuk, kita dapat
menggunakan metode ini sangat berguna
di sekolah-sekolah, TK, rumah sakit dan rumah.
(Sebarkan kepada anak, teman, dan kerabat
Anda agar nyamuk bisa diberantas)
Tuesday, July 9, 2013
Did you know ... about cats
01. Cats have five fingers on each of its front legs, and only
four in the rear.
02. The cat appeared on Earth before the dog and that most of
the animals that have become household, however, has been one of the last to be
tamed.
03. Aspirin is toxic to cats.
04. The cat has 32 muscles in each ear. In addition, they act as
satellite dishes and head towards the sound source.
05. The kittens have blue eyes. It takes several months until
they reach their final color.
06. The cat's nostrils are 19 million nerve endings. The man
have only 5 million.
07. For the cats are identified by their nose. Human beings have
unique fingerprints. The cat's nose is its "fingerprint."
08. The cat's whiskers fall out and grow back periodically.
Their disappearance affects the movement and sense of orientation of the
animal. Therefore, it is important not to cut.
09. Each cat has its own meow and purr. Can two cats purring
with a similar but nevertheless there is always some difference.
10. Siamese spots on the legs, tail, ears, nose and mouth is
where the body temperature are lower than in the party are white.
11. There is a plant that loves cats. I enjoy sublime moments
ago for a few minutes. It is
12. The nepeta cataria, also called mint cats, family, thyme and
lavender. Her perfume triggers a behavior in the animal, similar to that of a
female in heat.
13. Tricolored cats are always females.
14. Was believed that cats were unable to distinguish colors.
However, recent studies show that they can see blue, green and red.
15. The cats can not perceive sweet tastes.
16. A cat can hear sounds about two octaves higher than humans.
17. A cat has four rows of whiskers on each side of the face,
when the animal is calm, remain from the side, while if you have back in a
position to attack or defense.
18. The cat's tongue is comprised of small "hooks"
that they are useful for catching and tearing the food.
19. Americans annually spend more money on cat food than baby
food.
20. The cat's night vision is about six times better than men
due to the tapetum lucidum, a structure composed of cells of the eye capable of
acting as mirrors, magnifying the faintest glimmer of light.
21. Most of the cats has no eyelashes.
22. Purring does not always mean peace. The cat also purrs when
he is sick or scared, and says that he does to calm himself.
23. Cats sleep 16 to 19 hours a day. But still asleep, are alert
to any stimulus.
In addition to do with the nose, smell cats with an organ,
called Jacobson's, located on the roof of the mouth.
24. The tail is a key organ in the balance of the cat serves as
a pole in the hands of or tightrope walker.
Friday, July 5, 2013
Akibat mencabut uban
- Masalah rambut beruban pada usia muda sudah tentu
merunsingkan ramai dan seringkali kita berasa curiga akan akibat mencabut uban.
Ada yang berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan lebih
banyak uban tumbuh di rambut.
Namun, sejauh manakah kebenaran bagi anggapan sedemikian?
Cunnane Phillips, iaitu seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley di New York berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut.
Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula kerana tabiat sedemikian akhirnya akan memberi sebuah mesej kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut.
Sebagai akibat, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut, lantas membawa kepada masalah kebotakan.
Oleh itu, jika mengalami masalah rambut beruban, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pewarna rambut.
Saturday, June 29, 2013
8 Tips Mudah Membersihkan Hati
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?
1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
3. Berakhlak baik
4. Menimba ilmu tanpa henti
5. Bekerja keras cara bijak
6. Bersederhana dalam hidup
7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
8. Memaafkan orang lain
Friday, June 28, 2013
7 Cara Kempiskan Perut Buncit
Ramai
yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri
seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang
membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri
apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik
seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa
lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki
mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak
salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang
banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga
membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat.
Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang
lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan
dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk
gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah
sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya
menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah
ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses
pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan
gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid
makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam
proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan,
pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi
buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan
menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami
masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali
seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang
berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh
menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah
digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu
meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran
dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan
dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan
mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat
badan.
Saturday, June 15, 2013
Kaedah Rawatan Pelik Sakit Gigi. Mengeluarkan Cacing Gigi Melalui Telinga
Chen Yuan Sheng, 44, yang telah melibatkan diri dalam industri
pakaian di Batu Pahat selama lebih dua dekad, mempunyai kerja sampingan
istimewa dan agak pelik sejak bertahun-tahun yang lalu.
Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina.
Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina.
Kaedah rawatan yang digunakan adalah warisan daripada mendiang
bapanya yang mempunyai kepentingan yang besar dalam bidang perubatan Cina dan
mahir dalam perubatan akupunktur dan herba yang dipelajarinya dari negara China
.
Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan?
Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan?
Peralatan dan kaedah yang digunakakan sangat tradisional dan
mudah. Asap herba akan digunakan untuk membuang cacing gigi dari rongga mulut
pesakit, tanpa menyebabkan kesakitan kepada pesakit dan ubat-ubatan tidak
diperlukan.
“Kuantiti herba yang digunakan untuk menyingkirkan cacing gigi
adalah sangat penting. Ia sebenarnya adalah campuran enam herba yang direndam
dalam minyak kelapa,” jelas beliau.
Pertama sekali, beliau perlu untuk memanaskan bata sebelum
meletakkannya ke dalam pinggan dan menambah dua sudu teh jus herba.
Dengan menggunakan tudung corong berbentuk kun pesakit dikehendaki memasukkan muncung corong ke dalam lubang telinga.“Asap dari jus herba mendidih akan memasuki tubuh pesakit melalui telinganya lalu menarik dan membuang keluar cacing gigi di dalam mulut, telinga dan bahagian-bahagian badan yang lain,” katanya.
“Pesakit akan merasa leher mereka sedikit tegang sepanjang
proses itu dan saya akan mengingatkan mereka untuk batuk dengan sengaja kerana
ia boleh membantu mengeluarkan cacing gigi,” katanya.
Dia menggalakkan pesakit untuk menerima rawatan tiga kali dalam
tempoh tiga bulan untuk menghapuskan sama sekali cacing gigi. Keseluruhan
proses mengambil masa 12 minit. Cacing gigi jatuh di atas bata & herba yang dipanaskan
Beliau berkata bahawa bilangan cacing gigi berbeza dari
berpuluh-puluh sahaja hingga beberapa ratus, mengikut keadaan kesihatan yang
berbeza.
Chen berkata bahawa ramai orang ragu-ragu
tentang kewujudan cacing gigi, terutamanya anak-anak muda yang berfikir ia
tidak logik dan saintifik.
“Kebanyakan pesakit yang datang untuk rawatan ialah orang-orang
yang tidak lagi sanggup menanggung kesakitan. Mereka datang untuk mencuba
selepas mengetahui tentang rawatan daripada rakan-rakan mereka, “kata Chen.
Chen berkata bahawa pengesahan lanjut diperlukan untuk rawatan
cara purba, ramai orang terkejut melihat begitu banyak larva coklat putih
kurang daripada satu sentimeter panjang.
“Walaupun kewujudan cacing gigi belum terbukti secara saintifik,
Tujuan rawatan adalah untuk mengekalkan gigi pada masa yang sama mengurangkan
kesakitan. Oleh itu, saya akan terus melaksanakan rawatan, menyediakan rawatan
alternatif untuk melegakan sakit gigi,”
Subscribe to:
Posts (Atom)