Labels

Sunday, December 29, 2013

HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR

Adakah anda menggunakan gas untuk memasak ? Sila baca dan ambil perhatian. Biarlah ini tidak berlaku kepada anda. Ini boleh menjadi satu kesilapan yang sama dalam mana-mana isi rumah. Satu kemalangan mengejutkan berlaku baru-baru ini . Seorang suri rumah meninggal dunia akibat kebakaran yang dialami di dapur. Suaminya juga telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat terbakar ketika cuba untuk menyelamatkan isterinya. Bagaimana ia berlaku? Wanita itu ternampak seekor lipas berhampiran sinki dan mengambil tin penyembur pembunuh serangga dan disemburnya berhampiran dapur gas. Letupan telah berlaku dan dalam masa yang singkat wanita malang itu telah disambar api, dan 65% badannya terbakar. Suaminya bergegas cuba untuk memadamkan api dan pakaian isterinya yang terbakar. Kini suaminya masih di hospital,dan tidak sedarkan diri. Dia tidak mengetahui bahawa isterinya telah meninggal dunia. Apa punca ia terjadi? Semua pembunuh semburan serangga seperti Sheildtox,Ridsect,bygon dan lain-lain mempunyai pelarut yang tidak menentu dan mudah terbakar.Zarah nano semburan merebak dengan cepat dan satu percikan cukup untuk menyalakan campuran mudah meletup ini dengan oksigen di dalam udara . Sila didik keluarga & kawan anda tentang perkara ini dan sebarkan berita ini...

No comments:

Post a Comment