Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya
yang bermaksud: “Dan
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:
“Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu
hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri
kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka
(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci
maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi
orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini,
diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang
sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi
tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa
yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang
sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi
wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil
Al-Quran.“
Kajian
Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan
seks ketika haid
mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam
artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And
Prevention) di
Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di
New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada
tahun 1995 melaporkan, menjauhi
hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks
ketika haid
meningkatkan risiko
dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan
pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani
pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and
Gynaecology pada
tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh
diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan
mereka yang melakukan
hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj
atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan
mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana
ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam
tidak melarang diantara suami
isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa
kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah
ditanya oleh Masruq
bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami
semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
HasnulHadiAhmad.Com
Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti
Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis
bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment