Labels

Saturday, April 19, 2014

Canon EOS 650D lawan Nikon D5200



Mana yang cantik?

Kalau tengok di mana-mana sekarang ini, banyak orang yang kini pakai DSLR. Dah tak rasa istimewa kalau anda beli sebuah sekarang ini. Akan tetapi masih terdapat model-model yang memberikan anda pengalaman yang lebih baik dari kamera kompak biasa. Canon dan Nikon – dua pengeluar kamera terkemuka memperkenalkan kamera kelas pertengahan mereka – EOS 650D dan D5200.

Rupa

Dari dulu lagi Canon dan Nikon telah berlaga-laga untuk memberikan pelanggan mereka produk yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Kedua-dua model ini melambangkan kesungguhan mereka. EOS 650D menggunakan plastik yang keras di dalam badannya dengan kemasa yang menunjukkan ianya nampak ‘tahan lasak’. Nikon pula menggunakan plastik yang hampir sama di D5200, tetapi dengan kemasan yang lebih halus – rasa macam ‘high class’ sikit.

Kedua-dua model ini mempunyai sensor bersaiz serupa, dengan jumlah megapiksel yang berbeza. Canon menggunakan sensor 18 megapiksel manakala Nikon menggunakan 24 megapiksel. Selain dari itu, kedua-dua model ini mempunyai skrin 3 inci yang boleh ditarik dan diputar, menggunakan kad memori SD, dan juga rakaman video sehingga tahap HD.





Yang ini...

Prestasi

Saiz sensor 650D dan D5200 adalah ciri penting untuk kamera-kamera ini. Nikon mempunyai sensor dengan resolusi yang lebih tinggi yang akan menjadikan gambar-gambar anda mempunyai kualiti gambar yang lebih tinggi sedikit. Kalau nak piksel yang lebih, pilih Nikon.

Canon pula cemerlang dari segi pengendalian. Ianya mempunyai skrin LCD dengan fungsi sesentuh. Kami rasakan ciri ini perlu hadir ke semua kamera – tak kisah kompak ataupun DSLR. Anda boleh putar/besarkan gambar di dalam mod tayangan, ataupun menukar titik fokus dan juga melepaskan pengatup di dalam mod penggambaran – dengan menggunakan jari anda sahaja. Tak ke best tu?

Pemprosesan imej dibuat sepenuhnya di dalam kamera, dan kedua-dua kamera ini mempunyai cip pemprosesan imej yang bagus. Dari Canon, ialah DiGiC 5. Gambar yang diproses dengan cip ini warna lebih panas dan bagus untuk gambar-gambar yang penuh aksi (sukan sebagai contoh). Nikon pula mempunyai Expeed 3 yang lebih bias kepada gambar-gambar potret, dan gambar yang diproses lebih sejuk dari Canon.

650D dan D5200 adalah model yang berkuasa. Kedua-dua mempunyai ciri-ciri yang membezakan satu sama lain. Nikon mempunyai lebih panyak titik fokus (39 termasuk 9 jenis lintang) dan mod kreatif yang lebih lengkap. Canon pula mempunyai sistem autofokus hibrid dan jkuga mod HDR yang senang untuk dicapai – putar aja tombol mod.




atau yang ini?

Spesifikasi

Canon EOS 650D
Nikon D5200
Sensor
18 Megapixels
24.1 Megapixels
Skrin
3”, Fully-Articulated, 1,040,000 dot pixels
3”, Fully-Articulated, 921,000 dot pixel, Touch
Memori
SD/SDHC/SDXC
SD/SDHC/SDXC
Sambungan
Canon EF/EF-S mount
Nikon F mount
Kalis Cuaca
No
No
Video
H.264/Motion JPEG
(1920 x 1080 max)
H.264/Motion JPEG (1920 x 1080 max)
Saiz Imej (max)
5184 x 3456
6000 x 4000


 
Pemenang Kami Untuk Kali Ini!
Pemenang: Canon EOS 650D
Memang Nikon mempunyai sensor yang lebih besar, yang memberikan gambar yang lebih baik – secara teorilah. Canon pula memberikan anda pengendalian yang lebih baik – ia mempunyai ciri-ciri yang lebih maju. Ini termasuklah skrin sesentuh, mode HDR dan sistem autofokus hibrid.
Kami rasa ini boleh membantu pengguna di dalam penggunaan seharian


No comments:

Post a Comment