Baru-baru ini, Samsung
mendedahkan lagi inovasi terbaru mereka hanya setelah lebih seminggu diarahkan
mahkamah supaya membayar lebih kurang $1 bilion kepada Apple berkaitan perang
paten yang melanda kedua-dua syarikat tersebut.
Kali ini, Samsung cepat
mempertaruhkan Samsung Galaxy Note versi kedua atau Galaxy Note II yang menjadi
kesinambungan Galaxy Note yang dikeluarkan tahun lepas. Menariknya, Galaxy Note
boleh dikatakan produk 'hot' laku macam pisang goreng panas di Malaysia.Galaxy Note II mempunyai saiz skrin 5.5 inci (Galaxy Note I adalah 5.3 inci) HD Super AMOLED, menawarkan visual yang menakjubkan dengan kejelasan terperinci. Nisbah skrin 16:9 memastikan tontonan mendalam dan dimewahkan grafik yang membuatkan kita seakan menonton pawagam apabila memainkan video yang juga sempurna untuk menonton video HD.
Kali ini, Samsung mencuba untuk memperkenalkan teknologi baru iaitu Air View di mana ia membolehkan pengguna untuk berlegar membaca e-mel, S Planner, galeri imej atau video hanya menggunakan S Pen (pen stylus untuk kegunaan Galaxy Note) yang popular untuk pratonton kandungan tanpa perlu membuka aplikasi tersebut. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna untuk cepat mencari dan melihat maklumat yang lebih terperinci tanpa menjejaskan transisi skrin.
Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan termasuk konsep membuka nota menggunakan teknik Pop up Play di mana ia akan membuka aplikasi nota pada bila-bila masa di mana saja tidak kita apa yang kita lakukan dengan butang maya khas yang kecil tersedia setelah kita menarik keluar S Pen. Sebagai contoh, apabila pengguna menarik keluar Pen S semasa panggilan telefon, aplikasi S Note tersebut secara automatik akan muncul di skrin, membenarkan pengguna untuk mencatat nota dengan cepat. Tentu sekali ia berguna ketika kita mahu mencatatkan sesuatu seperti nombor telefon orang lain, nota penting dan sebagainya.
Di samping itu, S Pen baru juga memperkenalkan fungsi baru berkaitan isyarat pantas ke pad dengan inovasi dinamakan Quick Command, membolehkan pengguna mengaktifkan aplikasi yang kerap digunakan dengan S Pen dengan cepat. Pad arahan akan muncul dengan pengguna hanya perlu leretkan S Pen ke bahagian atas pada skrin dan menekannya. Pengguna dapat menghantar e-mel, membuat panggilan, atau mencari lokasi dengan cepat malah mereka juga boleh menetapkan pra-aplikasi dengan yang kerap digunakan membolehkan akses cepat dan mudah.
Selain itu, pengguna akan dapat untuk berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain dengan pantas dan mudah menggunakan fungsi Screen Recorder. Ia membolehkan pengguna untuk merakam urutan keseluruhan tindakan yang telah diambil dalam skrin mereka — contohnya demonstrasi bagaimana untuk menggunakan aplikasi - dan kemudian berkongsi dengan rakan-rakan untuk mendapatkan komen, atau hanya sekadar suka-suka.
S Pen baru Samsung tidak lagi terlalu atau tebal malah kali ini ia direka secara ergonomik untuk cengkaman yang sempurna. Oleh itu, anda boleh menulis dengan lebih tepat, selesa dan semula jadi. S Pen kali ini dipertingkatkan kecanggihannya dengan butang pada yang pen di mana pengguna mahu klip atau mengedit kandungan yang dipilih pada skrin. Ciri-ciri seperti Easy Clip membolehkan pengguna untuk segera menggariskan sebarang kandungan pada skrin untuk menyimpan, berkongsi atau salin. Setelah selesai menggariskannya, pengguna bebas boleh mengedit kandungan yang melalui set warna atau tulisan mereka sendiri. Satu lagi ciri menakjubkan dipanggil Idea Visualiser membolehkan pengguna dengan mudah menambah ilustrasi S Note. Ia menyediakan imej ilustrasi yang sepadan dengan apa yang ditulis tangan.
Galaxy Note II datang dengan teknologi perkakasan terkini, pemproses 1.6GHz Quad-Core dan sambungan 4G LTE menyampaikan pelbagai tugas atau multitasking dengan mudah, dijana pula OS Android paling baru iaitu 4.1 (Jelly Bean). Pilihan memori disediakan termasuk 16 GB, 32 GB dan 64 GB. Terima kasih kepada bateri jenis 3100 mAh, pengguna boleh menikmati kandungan multimedia dan sentiasa menjadi produktif di mana sahaja tanpa mengalami batasan tenaga.
Perbezaan utama Galaxy Note II dengan Galaxy Note boleh disaksikan menerusi jadual di bawah:
Galaxy Note
|
Galaxy Note II
|
|
OS
|
Android 2.3 (boleh
kemaskini ke 4.0)
|
Android 4.1
|
Saiz Skrin
|
5.3 inci
|
5.5 inci
|
Resolusi Skrin
|
1280 x 800 piksel
|
1280 x 720 piksel
|
Jenis Skrin
|
Super AMOLED Plus
|
HD Super AMOLED
|
Bateri
|
2500mAh
|
3100mAh
|
Storan Dalaman
|
16GB
|
16/32/64GB
|
Pemprosesan
|
1.4GHz Dual Core
|
1.6GHz Quad Core
|
RAM
|
1GB
|
2GB
|
__._,_.___
No comments:
Post a Comment