Labels

Saturday, January 25, 2014

RAHSIA BILIK HOTEL

RAHSIA BILIK HOTEL 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu Di sini ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini. Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu. Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh. Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada. Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel. Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri. Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa. Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.Jom tengok.

Phablet pertama keluaran Nokia

LUMIA 1520 merupakan peranti sempurna untuk golongan profesional yang inginkan telefon dan tablet berteknologi terkini. ________________________________________ SYARIKAT pengeluar peranti telekomunikasi terkemuka dunia, Nokia Corporation (Nokia) optimis dengan pengenalan peranti pintar terbaharu, Lumia 1520 yang dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada penggemar siri peranti Lumia. Susulan itu, pada Selasa minggu lalu, Nokia Malaysia secara rasminya telah melancarkan peranti pintar phablet iaitu kombinasi tablet dan telefon pintar pertama yang berasaskan Windows Phone 8. Menurut Ketua Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan, produk terbaharu oleh Nokia itu dilihat sebagai rangkaian terbaik dalam siri Lumia dengan teknologi imej yang dipertingkatkan dan skrin yang lebih besar. "Ia juga terbukti sebagai satu peranti sempurna untuk golongan professional kerana mempunyai skrin hadapan besar yang membolehkan mereka merasai kecanggihan paparan yang terang dan jelas," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 dan skrin bersaiz 15 sentimeter, Lumia 1520 turut menyediakan kamera belakang yang menawarkan teknologi PureView 20 megapiksel dengan segala proses disokong oleh kad SD mikro. Selain menghasilkan imej yang lebih jelas, teknologi PureView membantu pengguna merakam, menyunting dan berkongsi gambar serta video berkualiti tinggi. "Satu lagi tarikan Nokia ialah apabila ia berjaya membawa beberapa aplikasi popular seperti Instagram, Whatsapp dan Vine ke platform Windows Phone 8. Ini seterusnya menawarkan kepelbagaian kepada pengguna setia Lumia," kata Chan. Syarikat itu turut berkongsi aplikasi Papyrus pada platform Windows Phone 8 yang membolehkan pengguna Lumia 1520 mengambil nota tulisan tangan dengan pantas. Orang ramai boleh mendapatkan peranti itu bermula awal bulan ini di sekitar Lembah Klang, manakala di kawasan-kawasan lain di Malaysia dijangka pada pertengahan Disember ini. Walaubagaimanapun, pihak Nokia Malaysia telah membuka tempahan peranti berkenaan sejak Selasa lalu dengan menawarkan rebat bernilai RM160 dan set kepala Coloud Boom pada harga RM129 seunit. Phablet Lumia 1520 Nokia ditawarkan pada harga RM2,159 seunit dan didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu kuning, merah, putih dan hitam.

Saturday, January 18, 2014