Labels

Saturday, May 25, 2013

Penggunaan kanta lekap dan kesannya



Pemeriksaan terhadap mata secara menyeluruh seharusnya dilakukan untuk mengetahui kesesuaian seseorang itu menggunakan kanta lekap. Ini kerana kanta lekap akan memberi kesan secara langsung terhadap metabolisme dan fisiologi kornea mata.

Jika ingin memahami fungsi pemakaian kanta lekap, anda perlu menjalani pemeriksaan mata dan mendapatkan penerangan daripada pakar mata sebelum anda menggunakan kanta lekap. Ini untuk mengelakkan berlakunya komplikasi yang pada mata anda .
Ketika di awal pengenalannya di negara ini sekitar awal 1980-an, kanta lekap diberikan secara preskripsi kepada mereka yang benar-benar layak menggunakannya sahaja, dimana pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan dengan menganalisis kesemua kemungkinan kesan penggunaan kanta lekap pada mata. Namun pengguna kini kurang kesedaran tentang kaedah pemakaian dan penjagaan kanta lekap.

Ramai yang menganggap bahawa kanta lekap berfungsi dengan cara yang sama dengan cermin mata. Malah ada juga dijadikan sebagai trend untuk kelihatan cantik dimata . Oleh kerana itu, pengguna tidak berfikir untuk mendapatkan khidmat nasihat yang betul sebelum membuat keputusan untuk memakai kanta lekap .

Antara sebab-sebab memilih untuk memakai kanta lekap adalah seperti berikut :

1) 35 % menyatakan untuk kelihatan lebih menarik atau tujuan kosmetik.

2) 34.4 % menyatakan untuk membetulkan masalah rabun.

3) 29.7 % menyatakan untuk tujuan rekreasi dan sukan.

Trend ini boleh membahayakan pengguna memandangkan setengah komplikasi akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap tisu kornea. Ramai pengguna kini tidak pernah bertanyakan apa komplikasi yang mungkin timbul daripada pengunaan kanta lekap.Keadaan ini bertambah teruk dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah kedai optikal yang tidak membuat pemeriksaan teliti terlebih dahulu kepada bakal pengguna.

Sekiranya anda ingin menggunakan kanta lekap, lakukan pemeriksaan mata terlebih dahulu dan dapatkan nasihat daripada pakar mata yang berkelayakan sebelum menggunakannya. Pastikan kanta lekap bergungsi dengan baik dan bersih untuk menjamin keselamatan dan juga kesihatan mata anda.

Saturday, May 18, 2013

Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu Suka Pada Anda



Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
·         Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
·         Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
·         Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
·         Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
·         Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
·         Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
·         Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
·         Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
·         Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
·         Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
Tidak perlu berasa ragu-ragu. Sekiranya ada wanita yang menunjukkan sikap begini terhadap anda, dia sebenarnya meminati anda. Seberapa ramai? Anda sahaja yang tahu.

Friday, May 10, 2013

TAKTIK BARU MENIPU PEMANDU KERETA



Tadi lepas keluar dari HUKM,saya memandu di Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Kuching,tetiba ada sebuah motosikal India memotong sebelah kiri sambil menunjukan kan tayar depan kiri saya,dia berhenti kan motosikal nya,sambil bg isyarat suruh saya berhenti.

Bila saya berhentikan kereta dan turun tengok apa yg berlaku,ingatkan pancet.Rupa2 nya minyak kemerahan mcm minyak brek basah di Rim dan tayar.

Dia kata saya tak blh jalan sbb brek saya bocor,bahaya kalau jalan jugak,blh meragut nyawa.
Apa yg saya tahu kereta saya pakai minyak brek dot 4,warna jernih,yg warma merah tu minyak dot 3.
Dia minta saya keluarkan jek,nak buka tayar,saya kata jek tak bawa,dia minta saya ikut dia perlahan ke workshop dia,saya menolak.Dia minta sebatang rokok,saya pun bagi.

Kemudian saya memandu ke Bulatan pahang,singgah di station Caltek,nak bertanyakan makenik di situ.Dia tengok jer,terus bg tau saya yg keta saya telah di sembur minyak brek semasa berhenti tadi.Kes ini banyak berlaku pada kereta2 plat luar dan juga pada pemandu wanita yg sendirian.Mereka ada beberapa kumpulan yg melakukan aktiviti ini sekitar lembah klang.

Kata makenik itu lg,mereka bkn merompak tapi buatkan pemandu penik dan minta derang betulkan,kos yg mereka akan kenakan sampai lebih seribu ringgit.

Inilah di antara penipuan di Bandaraya Kl,awas pada rakan2 semua,hebahkan!!

Thursday, May 9, 2013

HAti-hati dengan sindikit Tukar Sparepart Honda (gambar penyagak




Sedang anda memandu, tiba-tiba motosikal lalu minta anda berhenti katanya tayar anda berasap. Bila anda check memang betul ada kesan minyak di tayar anda. Apa selanjutnya yang anda lakukan? Artikel berikut mungkin akan membantu anda jika berlaku kejadian yang sama dan kerugian beribu ringgit atau mungkin nyawa juga boleh melayang.

Anda boleh baca original post di sini. Kami hanya himpunkan semua respon beliau dengan niat ingin lebih ramai lagi yang tahu tentang perkara ini. Juga ingat betul-betul muka suspek sindiket penipu tu. Biar lepas ni kalau dia nak buat jahat lagi, dia kena keluarkan modal lebih untuk buat plastic surgery.

Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.

Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00.

Lelaki ni kata, dia call kwn dia di Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama, letak dlm boot blkg.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci.

Lps pulang buku, sy call salesman kt Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok je.

Sy pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat report kat balai.

Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg.

Saturday, May 4, 2013

Petua! 9 Awet Muka Cara Islam



Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).

Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.