Labels

Friday, November 23, 2012

Taktik Syaitan Untuk Mengkhayalkan Mangsa



Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.

HATI-HATI KETIKA MEMBELI KERETA TERPAKAI

ADU...Khairul Anwar (dua dari kiri) mendengar masalah yang dihadapi tiga pembeli kereta menjadi mangsa penipuan.

DITIPU...Khairul Azman menunjukkan salinan keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna yang meminta syarikat kereta terpakai itu membayar ganti rugi.



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di pinggir ibu kota dipercayai mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit hasil memperdaya pelanggan yang berminat mendapatkan kenderaan.
Taktik digunakan mudah, hanya melengah-lengah masa menyediakan kereta dipesan selain meminta pembeli menambah beberapa lagi bayaran atau caj tertentu sehingga mereka bosan dan membatalkan urus niaga.
Wang sudah dibayar dianggap ‘hangus’ menyebabkan ramai pembeli berputih mata malah difahamkan kira-kira 30 pembeli sudah menjadi mangsa sejak 2009 lalu.
Seorang mangsa, Khairul Azman Othman, 26, berkata, dia kerugian RM12,100 selepas membeli Toyota MRX terpakai di syarikat itu pada hujung 2009 lalu.
“Mulanya saya membayar RM1,000 sebagai deposit, tetapi jurujual meminta saya menambah lagi wang itu masing-masing RM3,000 dan RM8,000 dengan pelbagai alasan. Akhir sekali dia meminta tambahan RM5,000 kononnya sebagai caj perkhidmatan dan memberi kata dua, saya perlu bayar segera jika mahu kereta dikeluarkan.
“Saya meminta dia menyediakan resit, tetapi dia enggan menyebabkan saya terpaksa membatalkan urus niaga itu,” katanya yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan dari sudut undang-undang, di sini, baru-baru ini.
Khairul Azman berkata, dia memfailkan permohonan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna di Shah Alam dan keputusan pada 5 Ogos 2010 memihak kepadanya apabila syarikat itu diminta membayar sejumlah wang.
“Malangnya sehingga kini, syarikat itu tidak membuat sebarang pembayaran kepada saya dan masih beroperasi seperti biasa,” katanya
Seorang lagi mangsa, Nuril Azrin Fadzil, 34, berkata, dia kerugian wang deposit RM2,000 untuk membeli Perodua Myvi terpakai dengan taktik penipuan sama.
“Saya bercadang membeli kereta itu pada Januari 2010 lalu dan selepas merasakan diri ditipu, saya merujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna dan syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi namun sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa bayaran.
“Saya turut melaporkan perbuatan syarikat itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis kerana mengesyaki ia beroperasi tanpa lesen,” katanya.
Sementara itu, Khairul Anwar berkata, orang ramai yang terpedaya dengan syarikat itu diminta tampil ke SukaGuam bagi urusan mengumpulkan maklumat bagi memudahkan proses memfailkan saman secara berkelompok.
“Saya juga meminta pihak institusi perbankan memperkenalkan sistem pembiayaan pinjaman kereta dengan cara pembeli berurusan terus dengan bank bagi mengelak berlaku kejadian seumpama ini.
“Pembeli membayar terus deposit kepada institusi perbankan manakala bagi kereta terpakai, pihak bank perlu menyiasat syarikat jualan sama ada ia mempunyai rekod baik atau sebaliknya. Dengan cara itu, pembeli dapat dilindungi daripada penipuan,” katanya.


Fungsi HP Yang Anda Tidak Tahu...



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.


Monday, November 19, 2012

Panaskan enjin, Perlu atau tidak?

PERLU ATAU TIDAK?

Sgt berilmu...
Perkara yang kita ingat perlu, sebenarnyer tak perlu.. Sepatutnya start terus jalan!!!!

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah      juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta.

Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang  adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

  The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya.  Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius,  mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada      sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

 Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.>

 Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

 Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

 Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada  enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam      keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

 Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan  bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

 Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

 Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya men> gagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

 Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia .. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

 Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

 Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Friday, November 16, 2012

Apa RISIKO Tidak Cukup TIDUR?



48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

[BH] LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. - Agensi 

P/s: Sila ambil perhatian!

The main causes of liver damage are:



1.  Sleeping too  late and  waking up too late are main cause.

2.  Not urinating in the  morning.

3 . Too much eating.  

4.  Skipping  breakfast.

5.  Consuming too much  medication.

6.  Consuming too  much  preservatives, additives, food coloring, and  artificial  sweetener.

7.  Consuming  unhealthy cooking oil.  

As  much  as possible reduce cooking oil use when  frying, which includes even  the best cooking oils  like olive oil. Do not consume fried foods  when  you are tired, except if the body is20very fit.  


8.   Consuming raw  (overly done)  foods also add to the burden of  liver.  
Veggies  should be  eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried  veggies should be finished in  one sitting, do not  store.

We should prevent this without   necessarily spending more. We just have to adopt a  good daily  lifestyle and eating habits.  Maintaining good eating habits and time  condition  are very important for our bodies to absorb and  get  rid of unnecessary chemicals according to  'schedule.'  


20 Diet Tips For Busy Executives














Want Health Tips? Join our Group Funzug for Free!








Want Health Tips? Join our Group Funzug for Free!








Want Health Tips? Join our Group Funzug for Free!







Want Health Tips? Join our Group Funzug for Free!








In addition to this, check your height and weight. Or, use a chart to see if you are overweight for your height. Your body mass index [BMI] is the weight in kilogram divided by the height in meter-squared: remember, it should be below 25.

Thursday, November 15, 2012

Cara Pakai Cincin & Potong Kuku Dalam Islam



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Brain damaging habits



1.  No Breakfast  
People   who do not take breakfast are going to have a  lower blood  sugar level. This leads to an  insufficient supply of nutrients to  the brain  causing brain degeneration.


2   . Overeating
It  causes hardening of  the brain arteries, leading to  a decrease in mental power.  


3.   Smoking  
It  causes multiple  brain shrinkage and may lead to  Alzheimer disease.  


4.   High Sugar  consumption  
Too  much sugar will  interrupt the absorption of  proteins and nutrients causing  malnutrition and  may interfere with brain development.  


5.   Air Pollution  
The  brain is the  largest oxygen consumer in our 20  body. Inhaling polluted air  decreases the supply  of oxygen to the brain, bringing about a  decrease  in brain efficiency.


6   . Sleep  Deprivation  
Sleep  allows our brain  to rest.. Long term deprivation  from sleep will accelerate the death  of brain  cells..


7.   Head covered  while sleeping  
Sleeping  with the head  covered increases the concentration  of carbon dioxide and decrease  concentration of  oxygen that may lead to brain damaging effects.  


8.   Working your  brain during  illness  
Working  hard or  studying with sickness may lead to a  decrease in effectiveness of  the brain as well as  damage the brain.


9.   Lacking in  stimulating  thoughts  
Thinking   is the best way to train our brain, lacking in  brain  stimulation thoughts may cause brain  shrinkage.  


10.   Talking Rarely  
Intellectual   conversations will promote the efficiency of the  brain  


Tektik terbaru mencuri ayam


Ada jugak manusia dalam dunia ni yang boleh terfikir idea mencuri ayam dengan cara macam tu yee..wakakaka

Sunday, November 11, 2012

Buah Kemunting dan Kegunaan.


Nama Tempatan:
Kemunting
Nama Saintifik:
Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.
Nama Lain:
Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle
Famili:
Myrtacea
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

kegunaan:

Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.

6 CREATIVE ways to kill a husband







Friday, November 9, 2012

Tip Penjagaan Rantai Motorsikal


Pertanyaan Yang diajukan
razif:
kisah aku minggu lepas..banyak kopak duit rantai putus. Ride ke Kelantan.Nak buat mcm mana dah nasib aku. bleh x bro citer psal rantai moto ni?
Jawapan kami

Thanks bertanya pada razif tentang perkongsian pengalaman .. Saya cuba kongsi serba sedikit berkenaan rantai motorsikal ni.. Insya Allah seperti dibawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Penjagaan Rantai Motorsikal

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rantai adalah antara bahagian motosikal yang kurang diberi perhatian oleh ramai penunggang. -Jarak terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran.
-Jika korang asyik ajer ketatkan rantai skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka tukarlah rantai korang.

Rantai O-Ring dan X -Ring




Pakai Rantai Motorsikal Standard je ( rantai jenis o-ring) Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.
_______________________________
Set Sporket
-Satu lagi, kalau rantai motor asyik tercabut dari gigi sporket (mata spoket dah tajam) Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah tajam. tukarlah satu set sekali..Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan, pilihlah set sporcket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS. 



Rantai Motorsikal Putus
Ada penunggang sampai rantai putus baru nak mencari yang baru. Bahayanya apabila rantai putus ia berkemungkinan tersangkut pada bahagian moto atau roda dan akibatnya anda boleh hilang kawalan ataupun rantai boleh melibas sehingga merosakkan bahagian enjin. Jika nasib baik ia mungkin jatuh atas jalan tanpa sebarang tindak balas. Tau tau bila tekan minyak motor tak bergerak. Jika ada selekoh di depan sudah pasti anda terbabas.




Akibat Rantai Putus
Tengoklah rantai bila rantai putus boleh mengakibatkan kerosakan besar apa bila rantai tersangkut dalam cover enjin motorsikal dan mengakibatkan cover tersebut pecah dan kesemua sporket rosak teruk dan jahanam. 


Sila bawa Tool bersama anda
Kalau nak jalan jauh seperti nak pulang ke kampung .. Harap lah dapat bawa sekali peralatan seperti di bawah untuk persediaan kalau motorsikal dalam keadaan darurat terputus rantai motor.. Tak ada siapa yang nak tolong atau Bengkel Motorsikal langsung tak ada yang berdekatan disitu.. Maka ini lah ikhtiar yang dapat kita lakukan 



Cara Memotong Rantai
1) Cari pin penyambung, pasang chain cutter, di posisi pin tersebut
2) Putar tuas penekan pin penyambung sampai kira2 pin penyambung berada di sisi rantai lawan
3) Putar tuas yang satu lagi agar mendorong pin keluar
4) Rantai telah dipotong akhir pin penyambung (Jgn sampai terlepas). 





Cara Menyambung Rantai
1)Masukkan pasangan rantai secara manual
2) Gunakan chain cutter untuk memasukkan balik pin penyambung. (berlawanan dengan cara memotong).
3) Pin penyambung di masuk seluruh nya ke dalam rantai.
4) Pastikan sisi kiri dan kanan dari pin penyambung secara seimbang tidak berlebih (dapatmenyebabkan rantai terlepas). 



_______________________________
Cara ketatkan rantai motorsikal
Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam..




1) Longgarkan nut shaft tayar tu pastu adjust nut rantai tu.
2) Pastu nak tau ketegangan yg sesuai,agak-agak free play (jarak kendur dan tegang) rantai tu dalam 1 inci. kalau nk kunci rantai tu tak nak bagi lari,korang sangkut la spana 10 kat spoket tu pastu ikat balik nut rantai tu.



3) Kalau nak bagi center tayar tu supaya tak senget. Salah satu cara,korang tengok pada swing arm tu...ada marking kat situ.. pastu adjust la kiri kanan bagi sama marking dia..
4) Ketika mengetatkan roda belakang, pastikan kedua sisi sudah sejajar/segaris sempurna sebelum diketatkan, jika tidak dapat menyebabkan kehausan pada rantai maupun sprocket.
_______________________________
Membersihkan Rantai
Tidak ramai yang suka membersihkan rantai kerana tangan akan berlumuran dengan minyak dan gris. Untuk kotoran yang degil gunakan kain yang lembab 



Pelincir Pada Rantai
-Di nasihatkan hendaklah sentiasa memeriksa rantai dan pastikan rantai sentiasa di sapu minyak agar licin dan senyap apabila memusingkan tayar belakang.
- Rantai yang kerap diberi pelincir akan tahan lebih lama. Pusing roda dengan tangan (bukan dengan menghidupkan enjin )




Ha benda camni yang tak mau kita terjadi.. ada siapa yang nak tolong? so ini lah penting kita mengetahui serba sedikit bakat baik pulih kerosakkan ni kan... ada gunanya gak..