48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung,
angin ahmar
[BH] LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi
pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini
masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan
seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada
10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie,
berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan
tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu
komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi,
menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam
tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur
kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau
meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati
akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka
kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap
penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor
Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup
berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti
Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal
Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83
peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin
ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung
berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih
sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk
kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam
International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori
setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek
atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. -
Agensi
P/s: Sila ambil perhatian!
No comments:
Post a Comment