Ramai
yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri
seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang
membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri
apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik
seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa
lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki
mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak
salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang
banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga
membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat.
Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang
lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan
dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk
gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah
sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya
menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah
ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses
pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan
gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid
makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam
proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan,
pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi
buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan
menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami
masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali
seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang
berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh
menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah
digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu
meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran
dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan
dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan
mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat
badan.
No comments:
Post a Comment