Apa
Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta
Maklumat ni berguna untuk sume orang. Senang nak buat rujukan akan datang.
Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan
whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau
10,000km.
2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter
minyak tu sekali (oil filter)
3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat!
Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar
aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara
penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2
tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh
kong!
Free
maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih
mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana
di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh
dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi
elok!
Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai
kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik
dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang
kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu
kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap
aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton
wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km.
Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje
60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la,
buat apa tolak rezeki!
6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara
subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom
"clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang
susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!
7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang
tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni
memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km
tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat.
Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih
dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg
besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg
disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9
litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis.
Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang
budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual
gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni
boleh la tukar 60,000km sekali.
11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin
boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab
aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar
simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!
12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna
hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear
aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan
juga tak mudah mendidih!
13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt
ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu
servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti
akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan
boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack"
yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km"
atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya
memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata
"preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah
tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta
menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana
ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa
mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti
tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....
Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti.
Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu
kita tidak mampu mengikutnya!
Okies..bye*********
Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun
membuat DIY service kereta:-
Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6
bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli
minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin
ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah
made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di
bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh
seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau
betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun),
setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF -
ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di
atas.
Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter
pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap
50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt -
ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli)
tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing
belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator
belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak
crack.
Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita
tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk
kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun
hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali,
tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat
tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur
dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah
tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini
bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila
minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari
blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan
engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang
mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway
brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap
tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya
berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam
blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran
timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun
adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas
dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan
getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya
dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti
rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt
padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin
V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga
pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu
tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus
dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya
adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada
timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya
menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru
generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin
i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km
lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai
mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt
sedia kala.