Labels

Friday, December 21, 2012

TANDA-TANDA ANDA MEMILIKI SAKA !


1 – Menderita penyakit yang tidak ada punca. Sakit tetapi apabila pergi ke hospital doktor kata tidak sakit. Begitu juga halnya dengan sakit jantung tanpa diketahui puncanya tiba-tiba
dapat serangan jantung.

2 – Sakit yang dideritai berpanjangan dan berulang-ulang. Misalnya gastrik, kencing manis, darah tinggi, migrain yang tidak akan sembuh dan kekal didalam badan penghidapnya. Hilang
hanya seketika kemudian datang semula.

3 – Menderita penyakit misteri yang berpanjangan. Asyik terkena sihir saja, nampak sihat tetapi sebenarnya sedang sakit. Ada ketikanya tidak boleh tengok matahari, sentiasa hendak tidur, lemah, lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui sebabnya.

4 – Penyakit keturunan seperti kemurungan, gout dan gila.

5 – Jodohnya panas. Bertunang putus, Susah dapat jodoh, ada orang suka tetapi akhirnya tidak jadi, kadang-kadang sama-sama suka tapi akhirnya tidak jadi kahwin. Semua itu ada kaitannya dengan saka, ia mengganggu perasaan orang lain.

6 – Sukar mendapat zuriat, kadang-kadang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi masih tidak mendapat cahaya mata. Apabila saka itu sudah ada di dalam badan maka ia tidak mahu berkongsi dengan orang lain apabila sudah dapat makan dari tubuh manusia.

Ada yang boleh mengandung tetapi sering keguguran, biasanya dari pengalaman mengatasi masalah saka biasanya perempuan yang menghadapi masalah itu berhadapan dengan saka jin nenek. anak hilang di dalam kandungan itu juga disebabkan oleh saka itu dinamakan saka bunian atau saka kayangan, ia jenis hanuman.

7 – Mempunyai emosi yang tidak stabil, sering beremosi, cepat merajuk, cepat marah, sensitif yang keterlaluan, cemburu keterlaluan dan cepat naik angin.

8 – Jauh dari Allah, semakin lama makin liat untuk melakukan ibadat. Ada juga kes yang apabila diberi sepotong ayat al-Quran dan zikir untuk diamalkan mereka mengantuk sangat hingga tidak mampu melakukannya.

9 – Didalam keluarga ada anak-anak yang sangat nakal, kecil-kecil sudah melawan orang tua dan terlalu degil.

10 – Salah satu tanda lelaki yang mempunyai saka ialah isteri orang sangat tertarik kepadanya dan bukan anak dara. Lelaki itu dipandang manis, sekali pandang sudah terpikat terutamanya isteri orang. Itu semuanya kerja saka, jika berjaya maka satu kejayaan besar bagi iblis memporak-perandakan rumah tangga anak Adam. Berhati-hati dengan lelaki yang mempunyai daya penarik dimana anda akan cair bila melihatnya. Sumber :
  VIA

AAP- Terkadang bukan saka semata-mata mungkin ada amalan atau ilmu hitam yang salah, yang diamalkan oleh pengamalnya. Saka yang baik ok, kalau saka memunahkan diri sendiri dan orang lain baik dibuangkan sahaja sebelum mudarat memakan diri.


No comments:

Post a Comment