10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu
Hubungan Anda Dan Teman Wanita.
1.) Anda bercerita
mengenai masa lalu anda
pada dia tanpa dia bertanya pada anda. Pasangan anda bukannya tempat untuk anda
luahkan perasaan. Sebaliknya, anda perlu fokus untuk membahagiakan dia apabila
berjumpa.
2.) Anda memandang dan bercerita
mengenai wanita lain apabila
anda bersama dengan dia.
3.) Anda terlalu
memuji dia
sehingga anda kelihatan seperti terpaksa memuji dia.
4.) Anda terlalu awal memberi
dia hadiah yang mahal. Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan
anda merayu-rayu untuk dapatkan perhatian dari dia.
5.) Anda memegang
dan meraba-raba pasangan anda. Sebagai orang Islam, perbuatan
memegang dan menyentuh manusia yang bukan mahram adalah haram. Dia juga pasti
tidak selesa untuk bersama dengan anda kerana sikap melampau anda itu.
6.) Anda terlalu
serius ketika
bersama dengan dia seperti membincangkan sesuatu topik terlalu serius sehingga
membawa pergaduhan.
7.) Terlalu jiwang dan setiap kali bertemu anda akan
beritahu dia apa yang anda rasa tanpa bertanya apa yang dia rasa terhadap anda.
8.) Anda sentiasa
mendesak dia untuk
selalu bertemu. Seperti anda yang memerlukan ruang dalam hidup anda, dia juga
perlukan ruang untuk jalani kehidupan peribadi dia. Jangan terlalu mendesak dan
jalani hubungan percintaan dengan sabar.
9.) Anda sentiasa berbincang mengenai
masa hadapan hubungan anda berdua tetapi tiada satu pun tindakan yang
anda lakukan. Jangan berjanji sesuatu yang anda tidak yakin
untuk tunaikannya.
10.) Mengajak dia melakukan perkara yang tidak
senonoh seperti
hubungan seks dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment