Assalamualaikum
dan selamat sejahtera, biasanya ramai yang suka meletak atau menyimpan air gas
coca cola terutamanya di dalam peti ais, betul.. lagi sejuk lagi enak di
minum.. tapi ramai yang tak tahu bahaya mungkin di hadapi jika meletakkan tin
coca cola dalam freezer.
Terdapat satu kes berlaku di mana tin coca – cola itu mengeras dan meletup. Lihat gambar di atas.
Terdapat satu kes berlaku di mana tin coca – cola itu mengeras dan meletup. Lihat gambar di atas.
25 ogos yang lalu, seorang anak menderita luka di
mulut dan pipinya, akibat tin coca cola-nya meletup kerana disimpan di freezer.
Dan dia terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di
bibir dan mulut. Sadisnya luka itu.. Bayangkan betapa deritanya dia apabila
kejadian itu berlaku.. Nasib baik pecahan tin coca cola itu tidak mengenai
matanya. Ibu si anak ini telah menyebarkan foto ini, agar kejadian serupa tidak
akan berulang lagi kepada sesiapa pun..
P/s: Jadi kepada yang suka menyimpan atau meletak tin air gas ni di dalam freezer baik hentikanlah, mungkin kita tidak pernah kena tapi kebarangkalian untuk kena itu sangat tinggi, jadi berhati-hatilah. Mohon sebarkan artikel ini kepada orang ramai supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa. -lamankongsi
Ulasan GB
Bukan saja di dalam peti ais, malah di mana-mana juga seperti di dalam kereta yang bertutup dan diletakkan di tempat panas, tin itu meletup dan akhirnya boleh memecahkan cermin kereta dan mencederakan. Berwaspada.
No comments:
Post a Comment